Tiga Cerita Dongeng Mengenai Perniagaan

Di dalam perniagaan, terdapat banyak cerita dongeng untuk menakutkan – nakutkan mereka yang baru menceburi bidang perniagaan. Cerita dongeng ini wujud dari golongan mereka yang gagal dalam perniagaan. Mereka gagal dalam perkara tertentu dan mereka sebarkan pada orang ramai bahawa teknik mereka gagal. Namun, sebenarnya mereka bukannya gagal tetapi mereka hanya berhenti mencuba.

Jika ingin berjaya, anda perlu terus mencuba. Apa sahaja halangan yang ada , anda perlu tepis ke tepi. Sebenarnya, semua orang pernah gagal dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan. Ada yang gagal di permulaan, ada yang gagal di pertengahan dan ada juga yang gagal di pengakhiran. Kegagalan adalah pasti. Cara untuk mencegah kegagalan adalah terus mencuba.

Jika anda berhenti mencuba, perasaan gagal akan menang. Sebab itu jika anda ingin berjaya, anda perlu berani gagal. Jika anda berani untuk gagal, tiada kegagalan dalam hidup anda. Ini kerana walaupun gagal, anda sebenarnya berjaya.

Anda Ingin Menjadi Lebih Proaktif ?

Saya akan berkongsi dengan anda beberapa idea berkenaan perbezaan antara mereka yang proaktif dan tidak. Disini saya ingin berkongsi dengan anda empat kuasa proaktif. Ia adalah:

  1. Sedar diri. Menyedari anda dapat menguasai diri sendiri dengan meneliti setiap pemikiran dan tindakan yang anda lakukan sepanjang masa.
  2. Naluri. Tepuk dada, tanya naluri anda ! Hati yang halus pasti memberitahu sama ada sesuatu itu betul ataupun salah. Bina naluri yang kuat dan bersih dengan didikan agama.
  3. Imaginasi. Bayangkan sesuatu yang lebih baik, bayangkan pilihan yang mungkin ada. Bayangkan anda bertindak dengan lebih bagi diri sendiri, orang lain dan masa hadapan anda.
  4. Kuasa memilih. Anda berhak memilih tindakan yang proaktif dan menjadi Juara!

Selamat menjadi seorang yang proaktif dan selamat menjadi Juara!