Jika anda dengar orang berkata bahawa pemasaran affiliate adalah senang ? Cuba anda tanya kembali orang tersebut, berapa banyak masa yang dia habiskan untuk menghasilkan pendapatan pertama dan adakah pendapatan yang dia peroleh adalah konsisten ?
Pemasaran affiliate adalah sama situasinya dengan membina pernigaan offline. Jika anda tidak ada usaha, anda akan gagal. Tidak ada perkara senang dalam pemasaran affiliate. Bunyinya seperti senang, jadi agen sesuatu produk di online dan lakukan promosi bagi produk tersebut. Komisyen akan di peroleh bagi setiap jualan yang berjaya di hasilkan. Konsepnya sangat senang, namun perlaksanaannya sangat sukar.
Pendek kata, anda perlu ada ilmu, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan affiliate yang berjaya. Jika ingin berjaya dalam affiliate, anda perlu menganggapnya seperti satu kerjaya bukannya satu hobi.
