Bertindak Mengikut Perancangan

Setiap impian memerlukan perancangan dan tindakan yang komprehensif, sebelum dilaksanakan. Pakar pengurusan mengatakan bahawa kegagalan dalam merealisasikan sesuatu adalah 75 peratus disebabkan kelemahan perancangan manakala 25 peratus lagi disebabkan masalah pada peringkat pelaksanaan. Oleh sebab itu, bertindak tanpa perancangan samalah seperti merancang untuk gagal.

Apabila kita merancang sesuatu, kita mestilah dapat menjawab tentang 5W + 1 H (What, Why, When, Where, Who, How ) atau apa, kenapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana melaksanakannya.

Tindakan yang diambil itu sudah pasti perlu dilakukan mengikut apa yang dirancang. Pemesongan daripada apa yang telah ditetapkan di peringkat pelaksanaan hanya boleh dilakukan setelah kajian semula dibuat dan perubahan seiring dilakukan di peringkat lain sekiranya perlu.

Perancangan kerja perlu dibuat secara bertulis supaya dapat dilihat dan dirujuk oleh semua pihak yang memerlukan, sehingga matlamat atau impian yang hendak dicapai dapat direalisasikan.

Dipetik Daripada: Buku Mengurus Masa Depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *