Nikmat yang dianggap Kecil terasa besar dan dugaan yang dianggap besar terasa kecil

Pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000, ramai orang mendirikan perusahaan dotcom. Tahap suku faedah yang relatif rendah pada tahun akhir 90-an mendorong orang untuk melabur di dalam perniagaan dotcom. Selain itu, mereka juga berminat melihat potensi saham perusahaan – perusahaan dotcom yang sangat tinggi. Namun, model perniagaan mereka belum jelas.
Nilai saham yang tinggi itu pun sebenarnya lebih disebabkan oleh spekulasi individu berbanding petunjuk prospek perniagaan perusahaan dotcom tersebut. Akhirnya, pecah juga gelombang dotcom ini. Semua orang serentak menjual saham-saham mereka di NASDAQ ketika keutungan yang diharapkan tidak kunjung tiba.
Letusan gelombang dotcom ini akhirnya mengakibatkan kehilangan sekitar 5 trilian dolar AS nilai pasaran daripada perusahaan –perusahaan teknologi sepanjang tempoh awal 2000-an. Kini, perniagaan Internet sudah lebih matang. Perusahaan –perusahaan yang mampu bertahan adalah yang pendapatan model jelasnya seperti eBay, Amazon.com, Yahoo! Dan Google. Keep Reading →

Salah satu kaedah yang lebih praktikal untuk melibatkan diri dalam perniagaan adalah melalui bisnes secara francais. Seseorang yang berminat menjadi usahawan di Malaysia tetapi tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga boleh memilih bermula bisnes secara francais.
Saya ingin berkongsi sedikit tentang statistik perniagaan francais di Amerika Syarikat. Sistem francais di sana sudah lama berkembang dan dipercayai terdapat lebih daripada 750,000 perniagaan francais di sana dengan jumlah tenaga kerja terlibat kira-kira 18 juta orang!
Menurut data daripada International Franchise Associaton (IFA):
Di Malaysia, sistem perniagaan secara francais pun sudah lebih 2 dekad diperkenalkan. Namun ia masih kurang mendapat perhatian. Pihak kementerian yang berkaitan menyasarkan sekitar 5000 usahawan Malaysia yang akan melibatkan diri dalam perniagaan Keep Reading →

Salam Sejahtera…
Proses pengvisualan kejayaan sebenarnya agak mudah. Kita hanya perlu pejamkan mata dan lihat matlamat kita sudah tercapai.
Sekiranya satu daripada objektif kamu adalah untuk memiliki rumah di tepi tasik, kamu hanya perlu pejamkan mata dan lihat diri sendiri berjalan ke dalam rumah yang diimpikan itu. Isikan rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rupa rumah itu ? Bagaimanakah landskap rumah itu? Apakah pemandangan di lokasi rumah itu ? Bagaimanakah rupa ruang tamu, dapur, bilik tidur utama, ruang makan, bilik stor ? Bagaimanakah bentuk hiasan dalaman ? Pergilah dari satu bilik ke bilik yang lain dan isikan semua ruang itu dengan kelengkapan dan perhiasannya.
Jadikan imej itu terang dan jelas. Buatlah matlamat yang lain seperti ini juga, sama ada matlamat dalam permainan, keluarga, kewangan peribadi, perhubungan, rasa kasih sayang kita kepada manusia lain. Tulis setiap matlamat dan objektif itu. Kemudian kaji semula, tegaskannya dan lakukan pengvisualan setiap hari.
Kemudian, sebaik sahaja terjaga pada pagi hari, dan setiap malam sebelum masuk tidur, baca senarai matlamat itu dengan kuat. Berhenti sejenak selepas membaca setiap satu matlamat, pejam mata, dan lihat imej matlamat yang sudah tercapai dalam minda. Teruskan membaca matlamat selanjutnya sehingga kesemua matlamat dilihat dalam minda sebagai sudah tercapai dan Berjaya dilaksanakan. Seluruh proses ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bergantung kepada jumlah matlamat yang sudah ditetapkan. Sekiranya kita bertafakur ( solat hajat ), lakukan pengvisualan sebaik sahaja selesai bertafakur. Ketenangan yang sudah dicapai menerusi bertafakur tadi meningkatkan lagi impak ke atas pengvisualan.
Sumber: Buku The Success Principles

Kata- kata mutiara yang dapat saya ambil daripada pada Irfan Khairi pada slot akhir bengkel semalam, untuk dijadikan mutiara kata kepada diri ini ialah :
Sebenarnya kata-kata mutiara ini adalah satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persamaan antara jutawan-jutawan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing.
Semoga pada satu hari nanti, ciri-ciri jutawan diatas ada pada saya dan ia menjadi kata-kata mutiara kepada saya dalam menghadapi cabaran dalam mengejar impian untuk berjaya dalam kehidupan ini. Amin..

“ Kesenangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan”- Jackie Chan –
Salam Sejahtera…
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda prinsip hidup Jackie Chan yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com dimana artikel ini saya petik dari sebuah motivasi yang sangat menarik iaitu Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah yang ditulis oleh pakar motivasi negara kita iaitu Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusuf.
Sehubungan dengan itu, siapa yang tidak kenal Jackie Chan. Semua orang kenal, dari anak kecil, hinggalah yang dewasa. Aksi kelicahannya berkung fu memukau ratusan juta peminat. Filem Rush Hour 2 sahaja berjaya mengutip sebanyak USD200 juta. Itu tidak termasuk banyak lagi filem-filemnya yang bergelar box office !
Tetapi, tahukah anda beliau dilahirkan dalam keluarga yang susah ? Ibu bapanya tidak mempunyai wang membiayai kos pembedahan bersalin, selepas kandungannya hampir mencecah 12 bulan ! Dilahirkan dengan berat 12 paun, beliau digelar dengan nama ‘Pao Pao’ yang bermaksud ‘peluru meriam’ (dia berjaya membuktikan nama jolokannya itu!).
Namun, daripada seorang yang miskin dan tinggal di flat usang, beliau berjaya melakukan perubahan, sehingga menjadi inspirasi kepada jutaan manusia. Bermula daripada berlakon watak sokongan di opera, krew penerbitan, pelagak ngeri, pelakon sampingan, sehinggalah filem pertamanya pada tahun 1980 dengan idea baru yang berlainan daripada idea kung fu Bruce Lee sebelum itu. Sejak daripada itu, dia meneruskan momentum kejayaannya sehingga sekarang.
Antara petua menarik daripada beliau yang saya ingin kongsi adalah beliau pernah berkata, “ Kesengangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan. Ketakutan dan kesakitan bukanlah sebab kita memejamkan mata, tetapi peluang bagi kita membukanya dengan lebih luas lagi!” Kita selalu lihat beliau kesakitan apabila membuat lagak ngeri. Kenapa beliau sanggup melakukannya ? Ya, kerana beliau percaya itu adalah sebahagian daripada jalan kejayaan.
Salam Sejahtera..
Sudah lama saya tidak menulis di blog Mohd Hisyam Dot Com ni, maklumlah perlu komitmen kepada perkara lain yang lebih penting lagi :). Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan peminat pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com tentang kepentingan kita untuk menyedari bakat terpendam atau bakat semulajadi kita sejak dari awal lagi terutama sejak dibangku sekolah lagi supaya kita dapat pergi lebih jauh dalam bidang tertentu dengan bakat yang kita ada. Cerita ini saya ambil dari sebuah buku motivasi yang bertajuk ” Apa Bakat Saya ? ”
Sehubungan dengan itu Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah adalah salah seorang pakar motivasi yang tersohor di negara kita. Beliau sudah mengendalikan lebih 6,000 kursus bagi agensi kerajaan dan swasta. Ceramah beliau berkisar dan tertumpu pada bidang motivasi, komunikasi, teknik belajar, pembangunan diri dan pelbagai yang lain.
Beliau pernah mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Kelang dalam pertandingan syarahan. Pada masa itu, menurutnya dia dipilih disebabkan namanya sama dengan nama gurunya iaitu Cikgu Mohd Fadillah. Beliau berjaya memenangi pertandingan itu. Ia seterusnya menjadi titik tolak beliau mula bercakap. Beliau mula menyertai pertandingan syarahan,, debat serta pertandingan pengucapan awam yang lain. Beliau juga menyertai pertandingan sajak dan syair. Beliau mulai sedar yang dirinya mempunyai bakat dalam bidang itu dan seterusnya, meneruskan penglibatan dalam pertandingan syarahan dan debat di sekolah menengah.
Beliau juga terlibat dalam bidang debat dan berbalas pantun ketika belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau tahu yang dirinya tidak berbakat dalam bidang sukan, maka beliau mulai fokus dalam bidang pengucapan awam. Beliau tahu di situlah peluangnya memberi manfaat kepada orang ramai.
Beliau sedar Tuhan menciptanya mungkin bagi menjadi pensyarah ataupun motivator ketika belajar di Universiti Malaya. Ini disebabkan ketika itu, dia mampu memberikan sedikit nasihat dan motivasi kepada rakan-rakannya. Pada masa itu, ramai sahabatnya yang mengalami masalah seperti putus tunang ataupun putus kasih. Beliaulah menjadi tempat mereka mendapatkan rujukan. Kejadian itu seterusnya membuatkan dia terfikir mungkin dia ditakdirkan berjaya dalam bidang komunikasi sebagai motivator ataupun pensyarah.
ps: Jika anda berminat untuk mendapatkan atau membeli Buku Apa Bakat Saya ? anda boleh juga membeli secara online melalui laman web rasmi syarikat PTS.

Ada satu cerita yang mengisahkan tentang dua orang Inggeris yang ingin belajar daripada seorang yang bijaksana dan sangat terkenal. Mereka mengembara dengan merentasi lautan dan sampai di pandai negeri China. Mereka perlu mendaki gunung untuk bertemu dengan pendeta itu yang dikatakan dapat menjawab apa-apa sahaja soalan. Mereka mahu menguji orang berilmu itu, untuk melihat benarkah dia benar-benar bijak.
Semasa mereka mendaki, tiba-tiba mereka sedar mereka belum lagi menyediakan soalan-soalan yang mahu ditanya. Melihat ke langit, seorang daripada lelaki itu melompat dan menangkap seekor burung yang sedang terbang rendah. Dia memberitahu rakannya, sekarang dia tahu apa soalan yang ingin ditanyakan.
Pendeta itu sedang melakukan meditasi ketika mereka menghampirinya. Seorang daripada mereka memanggilnya dengan kasar, “ Hei, awak yang mengatakan diri awak sungguh bijak ! Kami datang ke sini untuk mengetahui betapa benarnya kata-kata awak itu. Sekiranya awak sungguh bijak, beritahu saya adakah burung di tangan saya ini masih hidup atau telah mati ?”
Dengan tenang pendeta itu bangun dan tunduk hormat kepada mereka. Dia melihat kearah mereka dengan belas kasihan lalu berkata,
“Wahai, awak yang datang daripada nun di sana, sekiranya saya memberitahu awak bahawa burung di tangan awak telah mati, awak akan melepaskannya dan tekaan saya akan jadi salah, tetapi jika saya kata burung di tangan awak masih hidup, awak akan memicitnya hingga mati dan tekaan saya akan salah lagi !”
Dia lalu naik ke atas batu-batu berhampiran dan melihat kea rah tetamunya lalu mengeluarkan kata-kata hikmat ini, “ Pilihan adalah di tangan anda”. Keep Reading →

Senarai orang paling kaya di Malaysia tahun 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat. Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.
Mengikut biografi individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia.
Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang ribuan malah jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan.Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM9.53 Billion pada tahun 2012. Keep Reading →