Facebook Beli Instagram

FACEBOOK telah membeli syarikat yang mengeluarkan aplikasi terkenal, Instagram bernilai kira-kira RM3 bilion. Walau bagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.

Instagram merupakan rangkaian sosial dalam cara sendiri, bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia mampu melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian. Dalam kenyataannya Mark Zuckerberg berkata, beliau teruja untuk berkongsi berita gembira terbabit dan mengesahkan Facebook bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.

“Sekarang, kita mungkin akan dapat bekerja lebih rapat dengan pasukan Instagram yang juga menawarkan pengalaman terbaik untuk berkongsi gambar lancar dengan orang lain berdasarkan minat tertentu anda,” -Mark Zuckerberg-

Menurut pembangun Instagram mereka akan terus membangunkan aplikasi mereka dengan lebih baik lagi, dan membangunkan rangkaian melaluinya, selain terus membawakan fungsi baru pada aplikasi mereka. Menurut laman web bisnes terkenal, pengambil-alihan Instagram oleh Facebook ini melibatkan kos sebanyak $1 billion. Harga Instagram ini mungkin meningkat dengan pengenalan aplikasi Android baru-baru ini, yang menerima pendaftaran sebanyak lebih 1 juta akaun baru dalam tempoh kurang 24 jam ia diperkenalkan.

Walaupun tidak membawa pulangan lumayan dalam tempoh singkat, Instagram mula menjadi kegilaan segelintir individu yang obses terhadap teknologi perkongsian gambar pada hari ini. Seperti Facebook, ia mampu menjana pendapatan tanpa iklan pada awalnya. Instagram membolehkan orang ramai berkongsi gambar yang diambil menggunakan peranti mudah alih.

Kata-Kata Motivasi Diri

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca setia blog Mohd Hisyam.Com iaitu tentang kata-kata motivasi diri. Kata-kata motivasi dapat memberi kita semangat dan peransang kepada kita dalam menjalani kehidupan sehari. Semoga kata-kata motivasi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman Keep Reading →

Memberi hadiah untuk erat kasih sayang

Hadiah merupakan pelunak hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, menyebabkan orang yang menerima hadiah akan rasa dihargai. Bahkan pemberian hadiah juga boleh menyebabkan perasaan marah seseorang itu boleh terhapus.

“ Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang.” ( Al- Mukjam Al-Awsat 7448 )

Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al- Banna sering menyampaikan kuliah agama terdapat seorang Pak Cik tua yang selalu mengemukakan soalan. Bagaimanapun soalan itu bukan untuk menjernihkan atau ketidakfahamannya terhadap penyampaian Imam Hasan Al-Banna.

Tetapi sebaliknya beliau sering mengemukakan soalan-soalan yang ‘pekena’ tetapi mahu menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai tokoh gerakan Islam di Mesir ketika itu.

Bagaimanapun, tindakan orang tua tersebut tidak pernah mematikan semangat Imam Hasan Al-Banna. Selain daripada menjawab sebaik mungkin segala persoalan yang ditimbulkan, Imam Hasan Al-Banna juga berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu.

Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah. Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan orang tua tersebut mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna. Keep Reading →

Pengajaran daripada Seorang Jeneral China

” Tidak mungkin anda mencapai sesuatu dalam hidup ini melainkan anda menjadikannya suatu kemestian. ” – Adam Khoo-

Ada suatu kisah yang masyhur mengenai seorang jeneral China yang memimpin angkatan tenteranya menyerang wilayah musuh dengan misi membunuh semua musuh itu. Malangnya, jumlah tentera musuh jauh lebih ramai. Kadar tentera musuh dan tenteranya adalah 4:1.

Apabila mereka tiba di wilayah musuh yang berada di sebuah pulau, jeneral itu mengarahkan orang- orangnya membakar semua kapal mereka. Orang-orangnya pun bertanya kepadanya mengapa kapal-kapal itu perlu dibakar. Jeneral itu menjawab, ” Supaya kita hanya dapat meninggalkan pulau ini dengan kemenangan.”

Dengan bertindak sedemikian, dia tidak memberi peluang tenteranya berundur. Jeneral itu meletakkan tenteranya dalam satu situasi di mana mereka mesti melakukan apa sahaja untuk menang. Berundur bukan lagi satu pilihan. Tenteranya perlu berjuang bermati-matian kerana hidup mereka bergantung pada kemenangan mereka. Dengan strategi ini, mereka memenangi pertempuran itu !

Rahsia Kunci Kejayaan Orang Berjaya

Hidup pada zaman sekarang, setiap kejayaan bermula dengan tindakan yang anda lakukan pada hari ini. Selagi emosi anda terperangkap pada masa silam, selagi itulah agak sukar untuk anda melangkah jauh ke hadapan. Oleh itu, di bawah ini saya kongsikan tujuh rahsia kunci kejayaan yang biasa diamalkan oleh orang-orang berjaya.

Tinggalkan Masa Silam

Ahli falsafah Yunani Heraclitus pernah mengatakan yang kita tidak boleh pijak dalam sungai yang sama dua kali. Jangan kata pijak, nak sentuh dengan hujung jari kaki pun kita tidak akan mampu. Arus masa bergerak dengan begitu cepat. Diri kita yang masa lalu sudah jauh tenggelam dibawa arus. Betul, kita tidak boleh menolak sejarah. Kita tidak boleh menolak diri kita yang lalu kerana ia tetap akan bersama kita. Cara yang terbaik ialah belajar untuk menerima kesilapan lama dan terus melangkah ke depan.

Tanam Impian

Masa depan ialah kanvas putih yang kosong. Apa-apa pun boleh berlaku. Oleh itu kenapa mesti anda takut untuk bermimpi? Berus sudah ada di tangan. Anda hanya perlu berani bermimpi untuk mewarnakan masa depan anda.

Rancang Impian

Memang betul bila orang kata yang impian akan hanya tinggal angan-angan. Apa yang berlaku di masa depan tidak ada sesiapa pun tahu. Itu masalahnya apabila anda membiarkan impian dan keinginan Keep Reading →

Sikap Penentu Kejayaan

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude. Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya. – Dr Irfan Khairi –

Selain itu Irfan Khairi juga ada mengatakan bahawa mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting dan memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting dan sentiasa untuk release stress.

Kajian menunjukkan, sikap menyumbang 93%  kejayaan berbanding ilmu, maklumat dan kemahiran yang hanya 7%.

Manakala menurut kajian yang dilakukan di Havard Business School dan disokong oleh Prof. Dr. Thomas Barry, antara keempat-empat faktor utama kajian  tersebut iaitu sikap merupakan faktor yang paling dominon.

Artikel Motivasi – Membangunkan Akal yang Positif

Kali ini saya kongikan artikel motivasi diri iaitu aktiviti-aktiviti yang dapat membantu saudara meningkatkan keupayaan akal supaya menjadi positif. Semoga ia dapat membantu diri saya dan saudara pembaca blog Mohd Hisyam.Com.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah.

Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah adalah aktiviti asas ke arah meningkatkan keupayaan berfikir. Dengan mengamalkan budaya membaca bahan ilmiah, ia membantu saudara memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Membaca bahan ilmiah juga meransang pemikiran kerana bagi memahami bahan bercorak ilmiah, saudara perlu ‘memerah otak’ secara maksimum. Apabila aktiviti ini kerap, ia membantu meningkatkan keupayaan akal. Sebaliknya, apabila saudara hanya banyak membaca bahan-bahan picisan ataupun bahan bacaan yang tidak memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya, bukan sahaja membuang masa bahkan tidak membantu meningkatkan kekuatan akal.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir.

Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir. Seperti banyak membaca bahan ilmiah, aktiviti menonton racangan sebegini sentiasa merancang pemikiran dan bukan hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Bagi menonton racangan yang bercorak dokumentari atau rencana sahaja. Rancangan yang bercorak drama ataupun filem juga dapat membantu meningkatkan pemikiran apabila semasa menonton saudara turut berfikir dan tidak membiarkan masa menonton hilang begitu sahaja tanpa memberi sebarang kesan pada saudara.

Mengamalkan budaya berbincang bagi memahami perkara.

Mengamalkan budaya berbincang dapat membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana semasa berbincang, saudara terpaksa berusaha memberi pandangan yang bernas. Tanpa berfikir secara mendalam, idea yang dikemukakan bukan sahaja tidak bernas. Bahkan tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan. Apabila keadaan ini berterusan dan hasil perbincangan hanya bergantung pada idea orang lain, kemungkinan selepas ini tidak ramai yang suka berbincang dengan saudara. Keep Reading →

Kenapa Orang Kaya Semakin Kaya

Kenapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Jika anda meneliti biografi setiap individu yang berjaya dan kaya, salah satu faktor kejayaan mereka adalah dengan meningkatkan pola kejayaan mereka pada kadar yang lebih besar. Contohnya seorang penulis buku kewangan Rich Dad Poor Dad iaitu Robert Kiyosaki.

Beliau pernah menceburi pelbagai bidang bisnes sebelum berjaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang hartanah dan semestinya beliau pernah gagal dalam bisnes seperti orang lain juga. Namun, dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman gagal dalam bisnes sebelum ini dan modal yang masih ada, beliau terus konsisten menceburi bidang hartanah.

Beliau bersusah-payah berusaha sehingga sanggup tidur di dalam kereta sendiri kerana beliau yakin bahawa rumah adalah aset yang berharga dan memberikan pulangan yang lumayan. Setelah berjaya membuat pembelian rumah pertama untuk disewakan, beliau seterusnya mengambil langkah dengan membeli rumah yang kedua dan seterusnya. Beliau meningkatkan pola kejayaan ada kepada kejayaan yang lebih besar dengan membeli lebih banyak rumah untuk disewakan. Beliau sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang ini sehinga menjadi seorang pakar dalam bidang yang diminatinya.

Sebenarnya, Robert Kiyosaki bermula dengan kosong dan setelah beliau mengkaji dan mendapati bidang hartanah mampu membuahkan hasil kejayaan yang sangat hebat maka beliau memberikan komitmen yang tinggi dan menambah pola kejayaan yang lebih besar. Sekarang beliau, turut berada dalam kelompok atau kategori orang kaya semakin kaya.

Kenapa Gagal Dalam Bisnes ?

Terdapat banyak sebab, kenapa gagal dalam bisnes. Di sini, saya akan kongsikan beberapa sebab kenapa berlaku kegagalan dalam bisnes kepada pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com.

1.Tidak Ada Matlamat

Tidak mempunyai matlamat yang jelas yang hendak dicapai dalam bisnes internet. Apakah tahap kepakaran atau keuntungan yang ingin dicapai dalam masa satu, dua atau lima tahun dari sekarang. Sehubungan dengan itu, jika anda belum mulakan untuk meletakkan matlamat, mulakan sekarang dengan meletakkan matlamat. Contohnya mendapat keuntungan RM 700 sebulan dalam masa enam bulan dari sekarang. Anda hendaklah menulis matlamat tersebut diatas kertas dan menampal ditempat yang mudah dan selalu anda lihat seperti ditepi cermin. Hal ini kerana ia dapat member kesan kepada minda separa sedar anda.

2.Kurang Sabar

Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk mendapat keuntungan yang besar dalam bisnes dalam masa yang pendek. Terutamanya kepada usahawan yang baru mula berniaga. Sebenarnya dalam perniagaan, kita perlu melihat keuntungan untuk jangka masa yang panjang. Orang –orang ada mengatakan bahawa “ Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dalu bersenang-senang kemudiaan.

3.Kurang Ilmu

Pelaburan yang terbaik, adalah melabur kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, belajar secara konsisten ilmu-ilmu bisnes dengan membeli buku-buku, mendengar video dan audio dan menyertai seminar –seminar yang diadakan di dalam atau luar negara. Selain itu, cuba dekat usahawan –usahawan yang telah Berjaya dalam bidang anda dan jadikan mereka mentor anda.

4.Tidak Fokus

Anda hendaklah membuat pilihan yang betul. Anda perlu memilih bidang perniagaan yang hendak dilakukan bersesuaian dengan diri anda dan fokus dalam bidang tersebut. Bila anda fokus dalam sesuatu bidang, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Setelah anda menjadi pakar dalam bidang tersebut. Anda menjadi rujukan dalam industri anda dan duit akan datang dengan sendiri kepada anda.

5.Bertindak

Setelah anda menulis matlamat dan kertas kerja bisnes anda. Anda perlu bertindak mengikut perancangan yang telah disusun. Selain itu luangkan masa setiap hari untuk memantau bisnes yang anda lakukan. Ia perlu dilakukan dengan konsisten untuk jangka masa yang panjang.