Strategi Penetapan Harga Untuk Produk Digital

strategi harga

Baiklah, anda sudah berjaya menghasilkan produk digital anda sendiri. Setelah bertungkus lumus selama beberapa bulan membuat kajian, menyiapkan produk tersebut, meminta bantuan dan komen konstruktif rakan-rakan di dalam jaringan kenalan anda, kini tibalah masanya untuk mula menjual.

Tunggu dulu!

Bagaimana dengan harga? Anda perlu menetapkan harga jualan untuk produk digital tersebut terlebih dahulu.

Sudah tentu anda tidak mahu melakukan kesilapan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi, ia pasti menyebabkan orang tidak mahu membeli dek kerana harganya yang mahal. Dan anda juga tidak mahu tersilap meletakkan harga yang terlalu rendah, ia pasti menyebabkan terlalu ramai yang berminat mendapatkannya dan langsung menjatuhkan nilai produk digital anda.

Jadi bagaimanakah mengelak daripada melakukan kesilapan yang disebutkan tadi? Jom kita lihat beberapa tip untuk menetapkan harga yang sesuai untuk produk digital.

1. Berapa Banyak Usaha yang Anda Laburkan

Sekiranya anda sangkakan jumlah usaha yang telah dilaburkan untuk menyiapkan produk digital tersebut adalah satu faktor penentu bagi harga jualan sesebuah produk digital, anda mungkin tersilap. Ini adalah kerana pelanggan tidak pedulikan berapa banyak usaha yang anda laburkan, mereka cuma inginkan sesuatu produk yang memenuhi keperluan mereka ataupun menyelesaikan masalah mereka.

Namun ini tidak bermaksud usaha anda cuma sia-sia. Apa yang penting adalah anda perlu sesuaikan jumlah usaha yang diberikan terhadap sesebuah produk digital supaya benar-benar memenuhi permintaan atau keperluan pelanggan. Lebih unik permintaan atau keperluan pelanggan, mungkin lebih banyak usaha anda boleh laburkan untuk menyiapkan produk tersebut, lantas lebih tinggi nilai produk tadi di mata pelanggan. Keep Reading →

Strategi Perkhidmatan Personal Coaching

personal coaching

“Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia…oleh sebab itulah saya berjaya!” – Irfan Khairi

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Setiap satunya mempunyai potensi untuk menjana wang besar bagi seseorang usahawan internet. Salah satu model bisnes yang semakin popular adalah dengan menawarkan personal coaching untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kelebihan Personal Coaching

Pertama, personal coaching membolehkan perkongsian ilmu secara fokus kepada individu atau sekumpulan kecil individu. Ini sudah tentu antara daya penarik untuk mendapatkan pelanggan kerana coaching tersebut akan fokus kepada situasi atau masalah mereka, dan bukannya diskusi umum.

Kedua, masa, tempat dan peraturan personal coaching adalah fleksibel kerana ia melibatkan seorang trainer dan kumpulan kecil individu. Sebagai seorang trainer, anda akan dilihat sebagai seorang yang prihatin kerana mempertimbangkan permintaan pelanggan pada masa dan tempat yang mereka inginkan.

Dan ketiga, anda boleh menetapkan sendiri harga untuk sesuatu sesi atau siri personal coaching berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Dengan melakukan promosi yang efektif, anda berpotensi menjadi seorang trainer yang disegani dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan anda.

Baiklah, jadi bagaimana memulakan personal coaching bagi seseorang usahawan internet?

1. Pilih Kepakaran yang Tertentu – Demand, Client Pays

Pertama sekali, sudah tentu anda perlu memilih bidang kepakaran yang anda ingin fokus mengajar. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menulis di atas sekeping kertas ataupun buku nota, apakah kemahiran atau kepakaran diri yang mampu anda ajarkan orang lain. Sebagai contoh, anda telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Anda boleh tawarkan personal coaching untuk penurunan berat badan secara sihat. Ataupun sekiranya anda pernah pokai pada satu masa dahulu, kemudian anda terjumpa satu lubuk wang yang menjana sejumlah wang yang lumayan dalam tempoh yang singkat. Anda pernah mencubanya dan ia terbukti berkesan. Dalam situasi ini, anda boleh tawarkan personal coaching untuk kaedah efektif penurunan berat badan cara selamat. Keep Reading →

Stephen Covey dan Segelas Air

Gelas Air

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.

Salam Sejahtera…

Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang sebuah cerita ringkas yang bertajuk Stephen Covey dan Segelas Air. Untuk pengetahuan anda Stephen Covey merupakan seorang penulis bertaraf best seller dengan buku beliau The Seven Habits of Highly Effective People.

Ceritanya bermula apabila, ketika kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”

Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.

“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.

“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut ” kata Covey.

Ps: Apa pengajaran yang anda dapat dari cerita ringkas tersebut ?

Hidup Adalah Pinjaman

Kesempurnaan-Hidup

Hidup adalah pinjaman, dunia adalah tempat singgah, adat orang meminjam akan ingat si pemberi pinjam manakala orang yang menumpang akan ingat masa untuk berangkat pergi.

Orang yang paling untung ialah orang yang sentiasa fikir hari ini lebih baik dari semalam, dan esok akan lebih baik dari hari ini, lantas dia pun bertindak hingga esok itu betul – betul jadi lebih baik lagi buat dia.

Orang yang rugi adalah orang yang sangka hidupnya tidak berguna hari ini, lantas dia tidak berbuat apa-apa, hujungnya esok yang ditempuh pun hambar.

Orang yang lebih rugi ialah orang yang langsung tidak isi hidup dia itu dengan ibadah – ibadah yang wajib dia buat, semalam tidak buat, hari ini tidak buat, esok pun belum tentu nak buat.

Umur kita ini ada kesemakin bertambah, setiap detik mengurang. Ingat, orang yang sentiasa fikir esok akan lebih baik kerana dia akan usahakan yang lebih baik untuk esok dan dia, insya-Allah akan nikmati hasil usaha esok itu dengan redha dan qanaah.

Jangan Bazirkan Kehidupan

jangan bazirkan kehidupan

 Setiap peristiwa ada waktunya, maka setiap kemenangan ada jadualnya. Ada banyak rahsia yang tersimpan dalam rahim sang waktu sebab waktu adalah kehidupan. Jangan bazir waktu.

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2013

Hidup di dunia ini singkat. Ia menjadi singkat sekiranya kita sentiasa dalam pertelagahan, kebencian, peperangan dan perbalahan.

Hargailah masa. Jangan membazir dengan berbuat kerja tidak berfaedah terutamanya duduk termenung membiarkan minda fikiran kita menjadi liar.

Like saya di Facebook http://www.facebook.com/MohdHisyamFan

Follow saya di Twitter http://twitter.com/mohdhisyam

Subscribers saya di Youtube http://www.youtube.com/user/hisyamTV

Sekian sahaja untuk kali ini. 🙂

Rahsia Tersembunyi Para Jutawan

rahsia jutawan

Salam Sejahtera…

Ini adalah rahsia tersembunyi para jutawan. Untuk menjadi seorang jutawan, caranya adalah dengan mempunyai ilmu pemasaran dan sebuah perniagaan sendiri. Untuk mempunyai perniagaan yang hebat, penting untuk kita memiliki ilmu ‘rahsia’ yang dimiliki oleh kebanyakkan jutawan.

Hal ini demikian, disebabkan prinsip asas ilmu perniagaan ialah untuk ‘ menyelesaikan masalah yang dihadapi  oleh pelanggan’ .Oleh itu sebenarnya perniagaan ini adalah satu tugas yang murni iaitu membantu orang ramai. Ingin saya lontarkan satu persoalan kepada anda ‘ masalah apa yang anda mahu selesaikan ? ‘

 

Jika terdapat permintaan pasaran, beri penawaran produk atau perkhidmatan dan wang akan datang kemudian..

 

Kita ambil satu kajian kes iaitu syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Syarikat ini menyelesaikan masalah orang ramai, untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga rendah. Ia menawarkan tambang yang jauh lebih rendah daripada pesaing mereka di negara ini.

Hari ini, cuba kita lihat bagaimana perkembangan Air Asia ? Ia berapa pada tahap terbaik dalam industrinya. Dengan itu, untuk berjaya dalam bisnes atau perniagaan, ini formulanya; sentiasa fokus untuk menyelesaikan masalah orang ramai.

Ps: Sedang membaca buku pemasaran Kotler On Marketing

Tiga Kategori Pelabur

Salam Sejahtera…

Menurut buku Why We Want You To Be Rich tulisan Donald dan Robert, terdapat tiga golongan atau kategori pelabur. Mereka adalah seperti berikut:

  1. Orang yang langsung tidak melabur
  2. Orang yang melabur supaya tidak rugi
  3. Orang yang melabur untuk untung

Pertama adalah orang yang langsung tidak melabur iaitu hanya bergantung harap pada keluarga mereka, syarikat tempat mereka bekerja, ataupun kerajaan bagi menjaga kebajikan mereka selepas mereka bersara kelak.

Kategori kedua ialah orang melabur supaya tidak rugi. Golonngan ini, biasanya melabur dalam instrument yang mereka fikirkan  sebagai pelaburan yang selamat. Kebanyakan pelabur tergolong dalam kategori ini. Mereka memiliki mentality menabung apabila merujuk tentang pelaburan.

Manakala kategori yang terakhir ialah orang yang melabur untuk untung. Kategori ini sanggup belajar lebih banyak perkara berkaitan pelaburan, mahukan lebih banyak kawalan, serta melabur bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Apa yang menariknya, ketiga-tiga kategori pelabur ini berpontensi menjadi kaya, malah mereka yang mengharapkan orang lain menjaga kebajikan mereka juga boleh menjadi kaya. Sebagai contoh, CEO Exxon yang bersara yang dibayar hampir setengah billion dolar sebagai ganjaran persaraan.

Ps: Anda kategori yang mana ?

Lim Goh Tong Pengasas Genting Highlands

Salam Sejahtera…

Setelah lama tidak menulis di blog ni, saya ingin berkongsi apa yang menarik minat saya tentang sebuah buku yang sedang saya baca iaitu Cerita Saya Lim Goh Tong. Di dalam buku tersebut penulis berkongsi pengalaman beliau dalam melakar kejayaan dalam  bidang keusahawanan dan perniagaan bermula dari kosong hingga mencapai kejayaan seperti hari ini.

Penulis mengatakan beliau disebut usahawan Cina tradisional dan tidak pandai bercakap bahasa Inggeris. Beliau berkomunikasi dalam bisnes melalui Bahasa Melayu, Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Jika perlu beliau meminta jurubahasa untuk melakukan urusan niaga bisnes beliau.

Ibubapa beliau memberikan didikan Cina tradisional telah menyemaikan sikap rendah diri, berbudi bahasa dan menghormati orang. Sesiapa yang kenal beliau tahu bahawa beliau tidak pernah berlagak. Beliau boleh bergaul dengan hartawan dan pegawai tinggi sehingga lah penjaja dan buruh.

Semasa kecil dan remaja, beliau sangat pemalu, bersifat introvert. Beliau suka hidup sederhana dan berdisiplin. Tabiat beliau bangun awal, tetapi tidak ada masa yang tetap untuk masuk tidur. Satu kebiasanya beliau ialah selalu membawa sehelai kertas ke mana-mana untuk mencatatkan apa sahaja yang terlintas di dalam minda.

Beliau sangat percaya pada kuasa keyakinan. Apabila beliau membuat keputusan dan cukup yakin keputusan itu betul, beliau akan terus menjalankan sedaya upaya tidak kira betapa besar kesukaran yang dihadapi. Keputusan beliau untuk terus menjalankan pembangunan Genting Sempah menjadi tempat peranginan sudah terkenal sebagai contoh ‘kedegilan’ beliau setelah beliau menetapkan hendak membuat keputusan.

Sekian sahaja untuk kali ini 🙂