Kaedah Pembayaran Menggunakan Internet

Apabila memulakan perniagaan internet, kita perlu mempunyai akaun bank secara online bagi proses urusniaga. Ini bertujuan memudahkan kita membuat transaksi dengan pembeli di internet. Ia pantas, mudah dan senang. Memiliki akaun perbankan internet merupakan satu keperluan kepada usahawan internet. Hal ini kerana untuk memudahkan kita menerima bayaran daripada pembeli.

Dengan adanya perbankan internet ia mempercepatkan proses bisnes kita. Hal ini kerana kita boleh semak secara online sama ada duit yang dimasukkan oleh pembeli sudah diterima atau tidak. Selain itu kita tidak perlu ke bank bagi menyemak baki. Apabila wang diterima dari pembeli, kita boleh terus menghantar produk Keep Reading →

Pemilihan Nama Domain dan Web Hosting


Nama domain diibaratkan seperti nama sebuah kedai di mana hanya nama tersebut dikhususkan kepada kedai itu sahaja. Nama domain adalah bersifat UNIK. Tiada nama laman web yang mempunyai nama domain yang sama antara satu sama lain. Apabila anda telah membeli satu-satu nama domain maka orang lain tidak lagi dapat menggunakan nama itu kecuali anda. Contohnya jika anda membeli nama domain www.mohdhisyam.com, dengan itu orang lain tidak lagi boleh membeli lagi nama domain tersebut.

Memilih nama domain  yang pendek adalah faktor penting dalam pembelian nama domain kerana ia senang dan mudah diingat. Sehubungan dengan itu, nama domain yang pendek dan senang diingat menyebabkan kebarangkalian untuk pelanggan datang kembali laman web anda adalah lebih tinggi.

Jika anda memilih untuk untuk menjual buku secara online, nama laman web yang sesuai untuk anda Keep Reading →

Membina Laman Web


Untuk melakukan perniagaan internet, kita perlu mempunyai laman web sendiri. Mungkin ramai orang di luar sana yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu untuk membina laman web sendiri. Hal ini merupakan alasan utama, kenapa ramai orang tidak melibatkankan diri dengan perniagaan internet.

Menurut Irfan Khairi, kita tidak semestinya perlu membina sendiri laman web kita tetapi boleh mengupah orang lain untuk membina laman web untuk kita. Contohnya, jika kita ingin berniaga burger, tidak semestinya kita sendiri yang membina gerai burger itu, sebaliknya kita boleh mengupah orang lain membina gerai burger untuk kita. Keep Reading →

Produk Fizikal atau Produk Digital

Terdapat dua jenis produk popular yang dijual di internet iaitu produk fizikal dan produk digital. Kebanyakkan usahawan internet di negara kita lebih gemar menjual produk digital.Hal ini kerana produk digital mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi daripada produk fizikal.

Walaubagaimanapun pada pemerhatian saya, tidak kira seseorang usahawan internet  itu memilih untuk menjual produk fizikal atau digital, kita perlu memberikan 100% komitmen  kepada usaha yang dilakukan barulah pengorbanan yang dicurahkan  dalam perniagaan itu akan membawa hasil yang lumayan kepada seseorang usahawan tersebut. Keep Reading →

Mengenal Pasti Pasaran

Untuk menjalankan perniagaan internet anda hendaklah mengenalpasti “target market” atau pasaran sasaran anda. Adakah anda inginkan target market dalam negara atau luar negara. Oleh itu anda perlu menjalankan sedikit kajian untuk menentukan siapa bakal pelanggan anda.

Anda perlu melakukan sedikit kajian untuk mengetahui permintaan dan penawaran untuk perniagaan internet anda. Siapa bakal pesaing dan siapa yang bakal membeli produk yang anda tawarkan dalam perniagaan yang anda lakukan.

Dalam perniagaan internet, kajian pasaran biasanya tertumpu kepada maklumat Search Engine (enjin carian). Ia adalah alat utama yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat atau produk yang mereka mahukan. Keep Reading →