Perbezaan menjadikan seseorang itu istimewa. Perkara yang berbeza itu biasanya menjadi penilaian dan penentu kepada pilihan. Dalam ilmu pemasaran, ini disebut sebagai niche.
Pada masa kita belajar di sekolah duhulu, sama ada di sekolah rendah atau menengah, kita sering dapati guru itu ingat serta memberikan perhatian kepada mana-mana pelajar yang mempunyai perbezaan berbanding pelajar lain. Tumpuan khusus diberikan jika perbezaan itu berbentuk kepandaian atau kenakalan yang memerlukan perhatian dan bimbingan khusus yang lebih berbanding pelajar lain. Pada masa kini juga, kita dapati beberapa keistimewaan diberikan kepada mereka yang berbeza disebabkan kepakaran dan kemahiran contohnya bila disebut pakar kewangan Islam di negara kita, kita akan ingat ustaz zaharuddin.
Belajar dari keadaan ini, kita pastinya terfikir mahu menjadi seorang usahawan yang berbeza supaya diberikan tumpuan, perhatian dan layanan yang khusus. Berbeza yang diberikan penekanan di sini adalah perbezaan positif yang mungkin berupa keistimewaan produk, keunikan, pengetahuan, pengaruh dan sebagainya. Dengan memiliki perbezaan- perbezaan yang dinyatakan itu, seseorang mendapat tempat istimewa sebagai usahawan yang berjaya dan hebat.
ps: Beza Memang Berbeza 🙂
Like saya di Facebook: www.facebook.com/mohdhisyampage
Follow saya di Twitter: https://twitter.com/mohdhisyam
Subscribe saya di Youtube:Â http://www.youtube.com/user/hisyamTV








