3 Strategi Rahsia Perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs.

 

1. Fikir Berbeza.Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhidmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

 

2. Komunikasi Dalam Perniagaan.Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

 

3. Keep It Simple.Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Kredit: Irfan Khairi

Wang Adalah Kejantanan Bagi Lelaki

Kelakian bermakna kejantanan dan kejantanan yang diperlukan adalah yang melindungi, menjamin dan harmoni. Kesemuanya ini boleh dibentuk dengan wang yang cukup. Meskipun tidak semestinya wang melindungi, menjamin kehidupan dan memberikan keharmonian sejati, ia tetap menyumbang.

Bina hidup anda agar boleh dibanggakan sebagai lelaki sejati. Lihat tip-tip di bawah:

  1. Berusaha Keras. Hari ini adalah keperluan hari esok. Orang menanam padi pada hari ini untuk menikmati hasilnya kemudian. Setiap yang malas menanam padi pada hari ini, besok tidak akan memungut apa-apa hasil. Jika anda di alam pembelajaran berusaha dapatkan keputusan yang terbaik; jika anda di alam pekerjaan berusaha mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
  2. Rancang hidup anda. Rancanglah hari anda agar hidup menjadi lebih bermakna dan terarah. Berikan target-target tertentu untuk dicapai dalam hidup. Kita akan menjadi lebih kuat dan mantap jika ada matlamat besar yang diletakkan di hadapan.
  3. Bina keperibadian tinggi. Anda akan berada pada pakej yang mengangumkan apabila sumber pendapatan anda kukuh, hidup pula kelihatan dirancang dengan baik serta memiliki keperibadian yang tinggi. Kemaskulin sejati yang sebenar adalah pada wang, kedudukan dan juga keperibadian yang mengagumkan.

Sumber: Buku Membina Cinta Sayang

Jangan Dengar Pandangan daripada Orang yang Tidak Berkenaan

Jika anda baru pertama kali,memulakan perniagaan, anda  memerlukan maklumat atau nasihat tambahan tentang apa yang hendak dilaksanakan dalam perniagaan. Dalam situasi ini, anda perlulah memastikan maklumat atau nasihat yang diperlukan itu diperoleh daripada sumber yang berwibawa.

Mendapat pandangan daripada individu yang langsung tidak terlibat dalam bidang perniagaan yang akan dilaksanakan, adalah sesuatu yang sangat merbahaya kerana pandangan dan pendapat tersebut cenderung berasaskan persepsi yang salah dan tidak professional.

Ramai orang bersedia memberi pandangan tanpa diminta dengan tujuan menunjuk-nunjuk kebolehan atau sekadar mengisi perbualan semata-mata. Pandangan seumpama ini tidak wajar diguna pakai. Ambillah inisiatif untuk mencari maklumat daripada sumber yang salih dan daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan yang berkaitan.

Bertindak Mengikut Perancangan

Setiap impian memerlukan perancangan dan tindakan yang komprehensif, sebelum dilaksanakan. Pakar pengurusan mengatakan bahawa kegagalan dalam merealisasikan sesuatu adalah 75 peratus disebabkan kelemahan perancangan manakala 25 peratus lagi disebabkan masalah pada peringkat pelaksanaan. Oleh sebab itu, bertindak tanpa perancangan samalah seperti merancang untuk gagal.

Apabila kita merancang sesuatu, kita mestilah dapat menjawab tentang 5W + 1 H (What, Why, When, Where, Who, How ) atau apa, kenapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana melaksanakannya.

Tindakan yang diambil itu sudah pasti perlu dilakukan mengikut apa yang dirancang. Pemesongan daripada apa yang telah ditetapkan di peringkat pelaksanaan hanya boleh dilakukan setelah kajian semula dibuat dan perubahan seiring dilakukan di peringkat lain sekiranya perlu.

Perancangan kerja perlu dibuat secara bertulis supaya dapat dilihat dan dirujuk oleh semua pihak yang memerlukan, sehingga matlamat atau impian yang hendak dicapai dapat direalisasikan.

Dipetik Daripada: Buku Mengurus Masa Depan

Tiga Langkah Bina Kekuatan Diri

Mendalami Ilmu Agama.

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, banyak perkara sukar dan rumit akan mudah ditangani dengan mengamalkan agama Islam. Tidak kira dalam apa perkara sekalipun, sama ada masalah dalam keluarga, organisasi, kemasyarakatan dan sebagainya.

Pengurusan Kewangan.

Dalam konteks zaman ini, hidup memang berpaksikan pada duit, walaupun ada orang mengatakan bahawa duit bukan segala-galanya tetapi duit merupakan ‘alat’ yang amat penting dan adalah ‘alat’ keperluan masa kini. Sama ada mahu tak mahu kita kena perkukuhkan kewangan kita, agar selesa hidup, mudah hidup. Dalam Islam kita tak disuruh hidup miskin kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Matlamat Hidup Jelas.

Sememangnya, matlamat untuk akhirat adalah yang utama tetapi jangan tinggalkan nikmat hidup di dunia. Bukan menjadi kesalahan untuk anda berimaginasi menjadi seorang jutawan asalkan “jalan” untuk sampai ke tahap tersebut tidak bertentangan mengikut hukum syariat.

Masa Hidup Yang Pendek

Katalah kita hidup setakat umur 60 tahun. Maka secara keseluruhannya pembahagian masa hidup kita akan jadi begini:

Purata tidur 8 jam sehari = 8 jam / 24 jam sehari x 60 tahun

= 20 tahun dihabiskan untuk tidur

Purata bekerja /belajar 8 jam sehari = 20 tahun dihabiskan bekerja/ belajar.

Purata masa makan ( makan pagi, tengah hari, petang dan malam )

2 jam sehari = 2 jam / 24 jam x 60 tahun

= 5 tahun dihabiskan untuk makan.

Mungkin kerana kesedaran ini, orang Barat mencipta makanan yang mudah dimasak dan mengambil masa yang singkat. Restoran Fast Foot seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut, Denny’s dan lain-lain berada di mana-mana sahaja di negara mereka.

Sumber: Buku Keluar Dari Tempurung

 

Memelihara Walet

Sarang burung layang-layang. Komoditi air liurnya mampu menjana pendapatan. Namun masalahnya, untuk mendapatkan sarang tersebut bukanlah perkara mudah.

Hal paling utama yang harus dihadapi adalah cara merumahkan burung layang-layang.

  • Faktor pemilihan lokasi
  • Mendirikan rumah burung layang-layang
  • Memikat burung layang-layang
  • Penetasan telur burung layang-layang dengan mesin penetasan
  • Mengutip sarang burung layang-layang
  • Perniagaan sarang burung layang-layang

Buku Siri Agro Industri Dan Teknologi yang bertajuk Memelihara Walet menjawap persoalan ini dengan detail.

ps: Satu idea perniagaan baru setelah membaca buku Memelihara Walet.

Animasi BoBoiBoy ke Luar Negara

Kartun

GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.

Kehalusan pergerakan karakter, pencahayaan terperinci dan garapan cerita yang baik menghidupkan lagi watak-watak dalam siri animasi 3D itu sehingga kelihatan bak dalam dunia nyata.

Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.

Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd. Keep Reading →

Surat Hitler Anti-Yahudi Dipamerkan

LOS ANGELES – Sepucuk surat bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang bertaip pada 1919 yang diperoleh Pusat Simon Wiesenthal dipamerkan di Muzium Toleransi di sini.

Surat itu ditulis semasa Hitler menjadi askar Jerman dan sebelum dia menjadi pemimpin Nazi. Ia merupakan surat yang mengandungi komen bagi mendesak supaya kaum Yahudi dihapuskan.

Pusat tersebut membeli surat tersebut pada harga AS$150,000 (RM478.180) daripada seorang pengedar di Calabasas. Dalam satu bahagian dalam surat itu, Hitler menyatakan hak penduduk Yahudi perlu dinafikan.

Hitler merupakan pemimpin Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. – Agensi

Sumber: Kosmo Online