Siapa Hisyam Den ?

https://www.youtube.com/watch?v=rQ3HEmJpagA

Tengok video ni ingat masa mula berjinak – jinak dalam perniagaan internet. 🙂 Masa ni sebenarnya dah pandai dah perniagaan internet. Pihak universiti anjur projek ni bayar sikit jer. Program untuk 6 bulan. Saya masuk jer.huhu 🙂

Dana RM3 bilion perkasa PKS

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyediakan dana RM3 bilion tahun ini bagi memperkasakan program keusahawanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank dan diselia SME Corp itu bakal memberi manfaat faedah kepada lebih 3,000 usahawan PKS mengembangkan perniagaan mereka.

“Jumlah itu peningkatan sekali ganda berbanding dana RM1.5 bilion yang disalurkan sepanjang tahun lalu kepada lebih 1,200 usahawan.

“Pada tahun sebelumnya (2010), kita membelanjakan RM800 juta bagi tujuan sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Bersama PKS di Langkawi, semalam.

Mustapa menegaskan, MITI turut merangka pendekatan baru bagi sektor perdagangan dan industri bagi mengelak Malaysia menerima kesan buruk daripada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, kementerian itu mengadakan beberapa mesyuarat bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negara, terutama PKS.

“Kita sudah berbincang dengan teliti. Kita harap kerajaan dapat pertimbangkan beberapa cadangan kita, termasuk mempermudahkan akses untuk mendapatkan pembiayaan bagi industri.
“Walaupun banyak tabung (pembiayaan perniagaan), ada kelompok tertentu PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan. Kita akan cuba bantu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Kita perlu pendekatan baru untuk menggalakkan pelaburan domestik,” katanya. Keep Reading →

Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta

Seorang Kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits menunjukkan majalah terkecil bernilai RM 2.48 juta . Ia bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte Bronte di Paris, Perancis

Majalah terkecil bernilai RM 2.48 juta ? Kedengaran seperti tidak logik, majalah kecil sebegitu mempunyai harga sehingga jutaan ringgit. Sebenarnya majalah kecil ini tergolong dalam kategori barangan manuskrip antik dan pelik sebab itu ia mempunyai nilai harga yang tinggi.

Manuskrip majalah Young Men’s edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dan sekarang dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits.

Muzium itu telah membeli manuskrip tersebut pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters.

Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya.

Sumber: Kosmo Online

Bersama Irfan Khairi: 11 Langkah Mencapai Matlamat 2012

1:  Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini

“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

 

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya! Keep Reading →

Jadi Kaya Dengan Minat

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu. Keep Reading →

Kepentingan Network Marketing dalam Bisnes

Networking adalah sangat penting. Setiap hari anda bertemu dengan ramai orang seperti pihak berkuasa, pelanggan, kawan baru dan lain-lain.Pertemuan ini tidak seharusnya tamat di situ sahaja. Anda sepatutnya mula membina network anda supaya ia akan membantu anda kelak.
Bagaimana Cara Membina Network Yang Baik & Betul?
  1. Meminta & menyimpan name card kenalan anda
  2. Sering menghubungi mereka & bertanya khabar samada dengan menelefon @ sms
  3. Mengucapkan selamat di sebarang perayaan yang mereka sambut
  4. Memaklumkan kenalan anda jika anda telah menukar nombor telefon yang baru
  5. Simpan kesemua nombor kenalan anda di dalam telefon bimbit & satu (1) salinan dalam buku catatan
  6. Pastikan anda mengelak konfrantasi dengan kenalan anda walaupun anda sememangnya tidak setuju dengan pendapatnya Keep Reading →

Anda dan Kejayaan Akademik

Tidakkah kejayaan sentiasa menghantui anda? Pencapaian akademik, kemahuan ibu bapa, kemahuan manusia sekeliling dan kemahuan diri sendiri sentiasa menghantui diri anda. Kebanyakan manusia keliru dengan kejadian dirinya. Anda tidak tahu apa yang perlu di lakukan dan hanya membiarkan arus kehidupan membawa hala tuju hidup anda. Kenapa perlu keliru kerana tujuan anda menjalani kehiduan adalah untuk diri sendiri selain menjadi khalifah di bumi.

Kebahagian adalah milik anda. Kejayaan juga adalah milik anda. Anda gagal dalam pelajaran, ibu bapa tidak suka akan tindakan anda, anda memberontak dan mahu masyarakat menghormati anda dan anda menjadi seorang yang pemarah kerana masyarakat tidak hormatkan anda. Kenapa anda perlu hidup untuk memenuhi keinginan orang lain? Anda mahu di pandang tinggi oleh masyarakat, kenapa? Ibu bapa tidak suka akan tindakan anda adalah bersebab. Anda perlu berfikir sama ada sebab tersebut adalah logik atau tidak.

Anda gagal dalam pelajaran dan rasa malu untuk berusaha dalam bidang lain, kenapa? Anda gagal dalam perlajaran kerana anda yang tidak mahukannya, bukannya kerana anda tidak bijak. Sejarah menunjukkan hampir separuh manusia hebat di dunia pada abad ini, tidak memperoleh keputusan akademik yang hebat ketika belajar. Kenapa perkara ini berlaku? Kerana mereka faham akan makna sebenar kejayaan. Jika anda menganggap kejayaan akademik tidak penting, anda adalah seorang genius kerana memahami kejayaan sebenar hidup di muka bumi ini.

Ada seorang penghidap asma dari Amerika Syarikat berjaya mendapat pingat emas di sukan olimpik di sebabkan beliau faham akan maksud kejayaan sebenar. Beliau faham bahawa asma bukanlah satu perkara yang perlu beliau risaukan kerana kejayaan adalah merangkumi perlunasan impian. Impian untuk memenangi pingat emas olimpik adalah kejayaan yang beliau impikan dari kecil manakala berhenti berenang di sebabkan asma bukanlah kejayaan sebenar bagi beliau.

Kejayaan tidak boleh di halang kecuali anda yang meletakkan sendiri halangan tersebut pada laluan anda.

Kepentingan Pendidikan Kewangan.

Anda perlu melabur untuk minda wang? Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda wang. Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.

Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?

Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya. Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu tersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.

Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan kewangan adalah penting.

Anda akan lebih untung jika,

Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.

Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.

Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal dan permintaan. Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masa panjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta ( akan rosak ). Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan.

ps: Petikan Ebook Rahsia Minda Wang. Download ebook percuma Rahsia Minda Wang disini dan banyak lagi..